Os - Tashiru
Mp3-Codes.com

Wednesday, June 9, 2010

Hijrahku


Dari apa yang bakal dikisahkan ini, moga ambil iktibar darinya.

Ana dibesarkan dalam keluarga yang agak senang. Ana mempunyai sorang abang (berlainan mak) dan 3 orang adik (juga berlainan mak). Ana tak pernah merasai kemanisan kasih sayang seorang ibu sejak berusia 4 tahun. Ibu dan ayah ana mempunyai tentangan hebat, kerana ibu ana berketurunan kristian. Ibu masuk Islam apabila ingin berkahwin dengan ayah dan perkahwinan tersbut tak pernah mendapat restu dari keluarga ibu. Setelah berusia 2 tahun, ana dibawa pulang ke Malaysia. Sewaktu berusia 4 tahun, ibu terpaksa pulang ke negara asalnya... Dan dengan kuasa Allah, sewaktu itu ibu tidak membawa ana pulang bersamanya. Sebaliknya, ana ditinggalkan di Malaysia dengan ayah dan juga makcik. Ibu mendapat telegram bahawa ayahnya (datuk ana) sakit tenat. Malangnya, ia hanya helah untuk membawa ibu balik ke negara asal dan urusan memurtadkan ibu berjalan dengan lancar dan sukses! Masa, terjadi fasakh dalam perkahwinan ibu dan ayah. Sekiranya ibu tidak kembali ke agama asalnya, maka nyawa ana adalah galang gantinya.

Masa berputar dan terus berputar, ayah kahwin sekali lagi sewaktu ana berusia 5 tahun. Dan ana mendapat perhatian, kasih sayang secukupnya dari mama hingga la ke saat ini. Hati remaja ana bergolak bila ana mengetahui ibu murtad dan kembali berkahwin dengan pemuda kristian. Ana menjadi seorang yang sangat 'nakal'. Allah memberi kelebihan pada ana, namun ana menyia-nyiakan kelebihan tersbut namun rahmat Allah terlalu luas untuk ana. Ana mula mengenali ISLAM sewaktu ana form 3. Ana sedikit tidak menyalahkan mama dan ayah, mereka memberi agama yang cukup namun hati remaja ana yang bertindak kejam atas diri ana sendiri. Saat ana mula mengenali keindahan di sebalik wajah seorang gadis. Sejujurnya, pada mulanya ana memang tertarik hanya di wajahnya. Namun, setelah mengenalinya, terserlah keindahan ISLAM. Sejak dari form 3 ana mula tackle gadis ni. Namun, jawapan demi jawapan yang bersandarkan terus pada hujah dan dalil Islam buat ana mula mengkaji hujahnya. Disitu bermula kembara ana untuk mengenali keindahan ISlam yang sbnr... Alhamdulillah.

Ana mula belajar Islam dengan ustaz. Dan dalam masa yang sama tak pernah putus asa untuk mencuri hati gadis tu hingga la ana form 5. Tak pernah berjaya walau sekali..! Soalan mudah ana padanya, hingga saat ini akan ingat:

Apa kekurangan ana di mata anti?

Tapi dia menjawab dengan sangat berhikmah. Baru ana sedar, selama ni ana tak sepenuhnya ikhlas mendalami Islam. Ana mengenali islam hanya untuk mencuri perhatiannya. Untuk menagih kasih sayang hamba Nya tanpa mengambil peduli apa tujuan sebenar ana mengkaji Islam. Tamat SPM, ayah menghantar ana ke Jepun untuk mendalami ilmu, dan ana berjumpa ramai sahabat yang 'jumpa Islam' di tempat org. tak kurang juga yang 'lupa Islam' di tempat orang. Hubungan dingin ana dngn abang kembali terpaut kukuh, sejak kecil abang dibesarkan di sekolah pondok dan maahad tahfiz. Perbezaan dan jurang sangat ketara antara kami, walhal umur kami tak banyak beza. Abang banyak membantu ana mengenali Islam.

Ayah decide untuk menghantar ana ke Jepun. Tapi ana sendiri tidak yakin dngn hijrah ana. Kawan-kawan semakin menjauhkan diri, dengan hijrah ana... Ana tak kisah, tak ambil peduli sebab hati ana semakin terisi. Allahuakbar. Setelah dipujuk abang... Ayah lembut hati dan syarat untuk ke Jepun ialah berkahwin dulu. Terasa nak menjerit ke seluruh dunia..! Dia di hati ana masih bersekolah lagi. Dan ana terlalu muda! Ana bertukar arah, ana balik ke Malaysia.. mencari ketenangan hati. Dan secara tak sengaja di kenalkan dngn sahabat abang. Dan sahabat abang mempunyai adik perempuan yang sangat solehah. Ana tidak merasakan apa-apa yang pelik.

Sedangkan...
Perancangan teliti abang dan ayah... Hanya Allah saja yang tahu. Ana ditunangkan dan bukan atas kerelaan ana. hampir saja ana membawa diri, mencari ibu kandung ana di negaranya. Namun, ana kuatkan hati juga... Akhirnya sewaktu berusia 19 tahun, maka berlangsunglah perkahwinan itu. Terasa 'bahagianya' dengan apa yang berlaku. Sedangkan hati ana, Allah saja yang mengetahui. Cry Selepas berkahwin, ana mencari ibu kandung ana... Dan alhamdulillah, ibu kembali memeluk Islam bersama suami barunya. Dan datuk pun redha atas apa yang berlaku, malah datuk sendiri juga seorang MUSLIM. Percaturan Allah... Qada' dan qadar ketentuan Ilahi... Ana sujud syukur bersama isteri. Layanan dari adik-adik tiri juga sangat baik...

Dan, seusia semuda ini...
Sudah pun bergelar ayah pada seorang anak. Hari-hari yang berlalu... Ana penuhi dngn pelbagai prog keagamaan, makanan buat rohani ana. Dan ana bersyukur, walaupun isteri ana bukan pilihan hati ana, namun ana sangat-sangat bersyukur atas percaturannya. Dia seorang hafizah, dan ana... Selalu ingin menjadi 'lebih' dari dia. Sejujurnya, ana mengenali dan merasai kemanisan ISLAM bukan di negara ISLAM. Sebaliknya, permata berharga ini ditemui di negara yang dipimpin orang kafir.

Semoga hijrah ini adalah hijrah yang akan berkekalan hingga akhirnya...
ya Allah, tundukkan pandangan ini... Tundukkan hati ini dari harta dunia...
Sesungguhnya keimanan dan nikmat islam ini amat bermakna buatku...
Amiiinnnnnnn

Tanggal 23 Januari 2008, genap ana berusia 21 tahun. Dan dengan umur yang baru ini, moga Allah pelihara iman ana dan semua... Im 3rd year student, degree in business admin. Semoga Allah memberi kelazatan iman ini berpanjangan... Buat sahabat-shabat lain juga, usah lah sesekali bercinta atau jatuh cinta. Wanita hiasan dunia, merekalah penyeri mereka jugalah fitnah terbesar.

No comments:

Post a Comment